Abang Sidek Hussain nak buang ketumbuhan

KUALA LUMPUR 13 Mac - Pelakon Sidek Hussain, 62, bakal menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di wajahnya di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh, Selangor pada 4 April ini.
Menurut pelakon tersebut, dia bersedia untuk membuang ketumbuhan yang sudah bertapak di wajahnya sejak berusia 20 tahun lagi.
 
Kata pelakon filem Toyol itu, dia terbuka hati untuk menjalani pembedahan selepas mendapat kata-kata semangat daripada seorang kenamaan melalui pembantu peribadinya.
"Saya didatangi pembantu peribadi kerabat diraja Pahang dan dia beritahu, kerabat berkenaan tanya kenapa saya tidak menjalani pembedahan. Dia bertanya begitu selepas melihat wajah saya di televisyen.
"Dari situ saya tergerak hati untuk buat pembedahan dan selepas bertemu dengan doktor pakar di Fakulti Perubatan UiTM yang berhampiran rumah, saya yakin dengan penerangan dan kebolehan kumpulan doktor di situ," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.
 
Menurut Sidek, pembedahannya yang bakal diadakan pada 4 April depan, pukul 8 pagi itu kelak akan dilakukan oleh Prof. Datuk Dr. Ahmad Ridzuan Arshad.
Katanya, sebagai persiapan untuk pembedahan tersebut, dia juga telah mendapat penerangan daripada pakar bius hospital berkenaan.
 
"Saya akan masuk hospital pada 2 April sebelum pembedahan pada 4 April. Doktor cakap selepas pembedahan, saya akan ditempatkan di unit rawatan rapi sebelum berada di wad biasa.
"Saya berdoa agar pembedahan ini berjalan lancar dan anggaran kos pembedahan belum pasti berapa," katanya.


Related Post

  • InSTAR raih dua emas pertandingan inovasiSekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) sekali lagi menyerlahkan keupayaannya dengan memenangi dua pi…
  • 1,138 calon guru ikuti KPLSPM JunKUALA LUMPUR 16 Ogos - Seramai 1,138 calon guru ditawarkan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (…
  • Taiwan destinasi pelancongan IslamTAIWAN yang mempunyai jumlah penduduk hampir 26 juta orang kini semakin mendapat tempat sebagai destinasi pelancongan me…
  • Jambatan dua terowongMENAKJUBKAN. Itulah perkataan yang boleh digambarkan jika anda melihat kehebatan sebuah jambatan gantung di China yang d…
  • Erry Putra diugut bunuhJARANG kita dengar cerita panas mengenai pelakon yang begitu popular dengan drama bersiri Nora Elena ini. Siapa lagi kal…
0 Komentar untuk "Abang Sidek Hussain nak buang ketumbuhan "

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info