Isu Lahad Datu - 6 polis gugur, 6 penceroboh maut

Lahad Datu: Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai Tentera Sultan Sulu, ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, malam kelmarin.
Operasi yang diselesaikan hampir 24 jam itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya enam anggota kumpulan bersenjata terbunuh, manakala seorang lagi maut dibelasah penduduk kampung.

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Jumaat lalu.

Polis juga berjaya mengeluarkan 19 anggotanya yang terperangkap di kawasan perkampungan atas air itu. Seorang penduduk wanita berusia 50 tahun dilaporkan cedera dipercayai terkena tembakan rambang kumpulan bersenjata dan dirawat di Hospital Tawau.

Korban meningkat

Setakat petang semalam, seorang pegawai polis yang disahkan terkorban ialah pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Ibrahim Lebar, 52, dari Besut, Terengganu.

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Jumaat lalu.
PDRM ucap takziah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, dalam sidang medianya petang semalam, berkata operasi berakhir jam 7 petang dan polis menghubungi keluarga mangsa yang terkorban untuk memaklumkan perkara itu terlebih dulu sebelum mengumumkannya kepada orang awam dan media.

"Saya mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban," katanya.

Katanya, enam mayat yang belum dikenal pasti, dipercayai anggota kumpulan musuh.

Ismail berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan polis ke Simunul bagi menjalankan siasatan susulan maklumat mengenai kehadiran sekumpulan lelaki bersenjata di situ.


Related Post

  • Remaja gila gajetBAGAIKAN tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit, itulah yang boleh diertikan kepada perilaku remaja hari ini yang sangat…
  • Perhimpunan KL112 - AnalisisPerhimpunan KL112 atau dipanggil Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka semalam, tidak mencapai matlamatnya. …
  • Tudung Abu Dhabi ikut peredaran masaBEBERAPA pelanggan mengakui terpanggil untuk terus bertudung selepas mencuba tudung keluaran Tudung Abu Dhabi. Ini dicer…
  • Mat Yo 'panas'Kota Bharu: Kota Bharu pasti 'panas' malam ini! Apa tidaknya, kehadiran Norshahrul Idlan Talaha (kanan) yang berkunjung …
  • Teh tiga layer memang ada ummph!AIR teh pasti mempunyai penggemarnya yang tersendiri sehingga ada dalam kalangan kita berasa lemah selagi tidak menghiru…
0 Komentar untuk "Isu Lahad Datu - 6 polis gugur, 6 penceroboh maut"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info