Perodua perkenal model S-Series Viva, Myvi, Alza

RAWANG - Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dijangka memperkenalkan kereta daripada segmen S- Series bagi model Viva, Myvi dan Alza hari ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model- model tersebut dikeluarkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 jenama kereta terkemuka itu di pasaran.
 
"Kelainan yang ada pada model baharu S- Series ini boleh dilihat daripada beberapa prospek seperti reka bentuk yang lebih menarik, kepelbagaian aksesori-aksesori tambahan dan juga stereng berkuasa tinggi yang dijual pada harga berpatutan.
 
"Selain daripada warna-warna model Perodua yang sedia ada di pasaran, model S-Series ini turut didatangkan dengan warna eksklusif iaitu Ozzy Orange," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran batu asas kilang baharu Perodua di Sungai Choh, Rawang yang telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini semalam.
 
Aminar Rashid menerangkan, ketiga-tiga model Viva S 1.0L, Myvi 1.3 SE dan Alza S 1.5L itu ditawarkan pada harga antara RM34,774.30 sehingga RM56,517.00 seunit di seluruh rangkaian Perodua bermula hari ini.
 
Dalam pada itu, Perodua turut menawarkan pemberian servis kereta secara percuma selama tiga tahun kepada mana- mana pemilik Perodua yang mendaftar kenderaan mereka bermula 15 Mac ini.
Tambah Aminar, khidmat lapan kali servis kenderaan secara percuma yang bernilai kira-kira RM1,000 hingga RM1,200 itu merangkumi kos buruh, alat ganti upah dan enam peratus cukai.



Related Post

  • Malu ada payudara seperti wanita LONDON - Seorang lelaki Britain, Farshad Hashemzadeh berasa sangat malu untuk berdepan dengan masyarakat kerana memil…
  • Pemuda gemuk pulang ke Perancis Seorang pemuda gemuk yang merupakan warga Perancis yang seberat 230 kilogram, Kevin Chenais akhirnya dapat pulang ke …
  • KFC Delivery PENGENDALI francais restoran KFC di Malaysia, QSR Brand (M) Holdings Sdn Bhd (QSR Brand) akan membuka cawangan r…
  • Power Bank Murah, RM79 ( 20 000 mAH) Dalam aku dok cari-cari power bank sebab memang ada keperluannya nih, bajet pulak ciput. Terjumpalah aku power bank ya…
  • Diabetes semakin menakutkan Penyakit dewasa ni memang banyak menular, macam-macam jenis. Tapi kencing manis atau diabetes nih dari dulu sampai se…
0 Komentar untuk "Perodua perkenal model S-Series Viva, Myvi, Alza"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info