Hyundai, Kia panggil semula hampir 1.9 juta kenderaan di AS

WASHINGTON - Pengeluar automobil Korea Selatan Hyundai dan Kia memanggil semula hampir 1.9 juta kenderaan di Amerika Syarikat (AS) berhubung masalah lampu brek dan beg udara.
Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan AS (NHTSA) memberitahu semalam bahawa masalah lampu brek itu melibatkan model kenderaan Hyun dai dan Kia yang dikeluarkan antara 2007 hingga 2011.
Menurut NHTSA, tindakan tersebut diambil oleh Hyundai dan Kia bagi membaiki lampu brek yang tidak menyala apabila pedal brek ditekan sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.
Hyundai memberitahu, pihaknya memanggil semula se bahagian model kenderaan Accent, Tucson, Elantra, Santa Fe, Veracruz, Genesis Coupe dan Sonata.
Kia pula mengambil tindakan serupa melibatkan model Rondo, Sportage, Sedona, Soul dan Optima.
Sebagai tambahan, Hyundai turut memanggil semula sebahagian model Hyundai Elantra keluaran 2011 hingga 2013 bagi membaiki braket beg udara yang mungkin melayang keluar apabila beg udara berfungsi.


Related Post

  • AirAsia tubuh akademi badminton PETALING JAYA - Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia milik Tan Sri Tony Fernandes, terus memainkan perananny…
  • Diperdaya ejen urus pinjaman rm87 000 PETALING JAYA: Tindakan seorang ahli perniagaan membuat pinjaman ikut pintu belakang menggunakan khidmat seorang e…
  • Horoskop perosak akidah Tukang tilik, dukun yang membuat ramalan boleh bawa kekufuranAdakah umat Islam menyedari perbuatan menyelidi…
  • Pameran kereta lama KEMUNCULAN kenderaan canggih berbentuk futuristik dengan kelengkapan teknologi terkini yang lebih mesra alam tidak…
  • Teguhkan pegangan agama KEBIADAPAN golongan pencetus provokasi agama semakin terserlah sejak peristiwa 11 September 2001. Yang menjadi sas…
0 Komentar untuk "Hyundai, Kia panggil semula hampir 1.9 juta kenderaan di AS "

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info