Brussels: Suruhanjaya Eropah merancang menghantar notis peringatan rasmi kepada China berhubung kemungkinan mengenakan sekatan terhadap Huawei dan ZTE Corp.
Kedua-dua syarikat telekomunikasi dari China berkenaan dituduh menerima subsidi yang tidak dibenarkan daripada kerajaan sekali gus meningkatkan daya saing mereka.
Kedua-dua syarikat telekomunikasi dari China berkenaan dituduh menerima subsidi yang tidak dibenarkan daripada kerajaan sekali gus meningkatkan daya saing mereka.
Ketua Jawatankuasa Perdagangan Kesatuan Eropah (EU), Karel De Gucht, dijangka mendapat mandat kepada kesatuan itu untuk menghantar notis amaran berkenaan kepada Presiden China, Xi Jinping.
"Kami mahu menghantar notis amaran itu kepada kerajaan China, mengingatkan jika amalan pemberian subsidi itu tidak diubah, syarikat berkenaan akan dikenakan duti," kata seorang sumber.
Keputusan itu memperkuatkan lagi apa yang disifatkan Kesatuan Eropah sebagai usahanya untuk membendung kegiatan lambakan dari China, rakan dagang kedua terbesar China.
Sehubungan itu, mulai Jun ini Suruhanjaya itu akan mengenakan duti terhadap produk panel solar bernilai berbilion ringgit yang dieskport pengeluar China ke Eropah.
Tidak sampai 10 tahun lalu, nama Huawei langsung tidak penting, tetapi kini bersama dengan ZTE, mereka menguasai hampir 25 peratus pasaran telekomunikasi di Eropah.
Penguasaan itu menurut Suruhanjaya Eropah adalah berbahaya kerana sektor industri di rantau itu merangkumi bidang penjagaan kesihatan serta utiliti, kini bergantung kepada teknologi tanpa wayar murah dari China.
Laporan EU sebelum ini mencadangkan 27 ahli kesatuan itu mengambil tindakan terhadap pengeluar peralatan telekomunikasi dari China kerana peningkatan penguasaan mereka dalam segmen rangkaian mudah alih membentang risiko keselamatan serta menjejaskan syarikat tempatan.
Bagaimanapun, seorang jurucakap Huawei di sini, enggan mengulas rancangan tindakan itu tetapi syarikat itu menafikan menerima subsidi kerajaan.
Huawei berkata, syarikat mempunyai kelebihan persaingan kerana kos pengeluaran yang rendah. Produk keluaran syarikat itu adalah selamat
0 Komentar untuk "Huawei, ZTE Corp kena sekatan Kesatuan Eropah sebab harga murah"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...