Isu hamba seks ketika Perang Dunia Kedua

Tokyo: Majoriti penduduk Jepun tidak bersetuju dengan pandangan seorang ahli politik negara itu, Toru Hashimoto yang menyifatkan hamba seks ketika Perang Dunia Kedua adalah keperluan kepada tentera, kata satu ujian pendapat yang dikeluarkan semalam.

 
Lebih 200,000 hamba seks dari Korea, China, Filipina dan beberapa negara lain dipaksa melacur untuk memberikan khidmat seks kepada tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua, kata sejarah.

 
Hashimoto, yang juga Datuk Bandar Osaka, minggu lalu berkata, wanita terbabit memberikan satu 'keperluan' untuk memelihara disiplin askar, sehingga mencetuskan kemarahan di China dan Korea Selatan, selain dikritik Amerika Syarikat.

Dalam kajian pendapat hujung minggu membabitkan 1,550 isi rumah dikendalikan akhbar Mainichi Shimbun, 71 peratus berkata komen Hashimoto itu tidak sesuai, manakala 21 peratus berkata ia adalah komen yang 'bersesuaian'.

Dalam satu kajian berasingan hujung minggu membabitkan 3,600 isi rumah oleh akhbar Asahi Shimbun, 75 peratus pengundi berkata komen terbabit disifatkan sebagai 'bermasalah' manakala 20 peratus mengatakan ia mempunyai sedikit atau tiada sebarang masalah bagi mereka.

AS kecam

Amerika Syarikat Khamis lalu mengecam pendapat Hashimoto dan menganggapnya boleh mencetuskan kemarahan.

Sebagai maklum balas, beliau mendakwa tentera Amerika Syarikat pula mendera wanita Jepun ketika pendudukan mereka selama tujuh tahun selepas Jepun menyerah kalah pada 1945.

China, Korea Selatan dan Filipina turut menyuarakan rasa tidak senang mereka terhadap komen Hashimoto, episod terkini dalam kontroversi selama beberapa dekad mengenai sejarah di Asia Timur ini.


Related Post

  • Kasut besiSeorang warga China, Zhang Fuxing mencipta dan menjual kasut besi yang mempunyai berat lebih 200 kilogram (kg). Menurutn…
  • Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepasRoket Falcon 9 yang tidak mempunyai juruterbang dan membawa sebuah satelit komersial berlepas ke angkasa lepas kelmarin.…
  • Jiran curi pakaian dalam gadisMisteri kehilangan pakaian dalam milik seorang remaja perempuan yang dijemur di ampaian rumahnya di Taman Suria di Kajan…
  • Gambar Mitsubishi Attrage 2013Dunia kereta makin hangat tahun nih. Selepas toyota kenalkan model vios baru 2013, proton dengan proton Suprim…
  • Contest SEO Eridy Siapa di sini suka join contest SEO? Mari kita join Contest SEO Eridy. Hadiah pun gempak juga. Pemenang akan…
0 Komentar untuk "Isu hamba seks ketika Perang Dunia Kedua"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info