ALOR SETAR - Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang bakal dilantik Menteri Besar Kedah ke-10 mengulangi sejarah sebagai anak bekas Perdana Menteri yang memegang jawatan Menteri Besar selepas Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, Perdana Menteri Malaysia ketika ini yang juga anak bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pernah memimpin Pahang selama empat tahun dari tahun 1982 hingga 1986 ketika berusia 29 tahun.
Mukhriz, 49, anak bekas Perdana Menteri keempat akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah setelah Barisan Nasional (BN) mengalahkan Pakatan Rakyat dengan majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
BN Kedah memenangi 19 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan bagi membentuk kerajaan negeri baharu.
Mukhriz yang mewakili BN menang di kerusi DUN Ayer Hitam menewaskan calon Pas, Abdul Ghani Ahmad dengan majoriti 2,141 undi.
Anak kelahiran Alor Setar itu memenangi kerusi Parlimen Jerlun pada PRU-12.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu juga pernah memegang jawatan Exco Pemuda UMNO dan Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pemuda UMNO.
Mukhriz hanya aktif dalam politik selepas Dr. Mahathir bersara sebagai Perdana Menteri kerana bapanya tidak membenarkan anak-anaknya menjadi calon BN semasa beliau sedang berkhidmat bagi mengelakkan konflik kepentingan rakyat dan keluarga.
0 Komentar untuk "Mukhriz ulangi sejarah politik Najib - tq blogger kedahkekl.blogspot.com"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...