Remaja di tuduh rogol kenalan WeChat

Berita ni agak mengemparkan bagi aku, tapi apa-apa pun memang boleh berlaku. Inilah salah satu keburukkan applikasi yang ada sekarang atau lebih tepat lagi penyalahgunaan applikasi smart phone di mana seorang remaja berkenalan dengan remaja lain dalam masa 4 hari seterusnya di tuduh merogol gadis terbabit. Ibu bapa guna patut memainkan peranan untuk memantau aktiviti anak-anak dan mendidik anak-anak dengan cara pendidikan yang betul.
JOHOR BAHRU – Seorang hakim Mahkamah Sesyen di sini semalam meluahkan kekesalan ke atas seorang remaja yang dituduh merogol seorang gadis yang baru dikenalinya dalam tempoh dua hari menerusi aplikasi WeChat di tepi tangga sebuah pangsapuri.
"Kamu baru tiga empat hari berkenalan, kamu sudah lakukan kerja-kerja macam ini, kira macholah kamu?
"Sepatutnya dalam bulan Ramadan dan Syawal, kamu harus berkelakuan mulia, barulah hidup kamu akan berkat, ini tidak. Ibu bapa kamu tahu yang kamu dihadapkan mahkamah, mereka pun tidak hadir ke sini," kata Hakim Hassan Abdul Ghani dengan sinis kepada tertuduh.
Pekerja landskap itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini.
 


1 Komentar untuk "Remaja di tuduh rogol kenalan WeChat"

Itulah dengar radio pagi tadi terkejut jugak..
Macam2 hal sekarang ni kan

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info