Bill Gates Bukan Lagi Pemegang Saham Terbesar Microsoft

Bill Gates dan Steve Ballmer

Untuk pertama kalinya dalam sejarah Microsoft , Bill Gates bukan lagi pemegang saham individu terbesar syarikat Microsoft, dan pegangan pemilikan beliau juga mungkin akan lenyap dalam tempoh empat tahun .


Satu jualan saham yang telah dilakukan pada minggu lepas telah menyebabkan pegangan saham Bill Gates telah berkurangan kepada 330.1 juta saham , meletakkan beliau di tempat kedua di belakang bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, iaitu  Steve Ballmer, yang memiliki 333 juta saham.


Ballmer telah bersara pada bulan Februari lalu dan telah diganti oleh Satya Nadella yang dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang baru.

Gates telah menjual 80 juta saham beliau pada setiap tahun  sejak 12 tahun yang lalu di bawah pelan jualan yang telah ditetapkan untuk membiayai Bill & Melinda Gates Foundation. Dijangkakan, Gates tidak lagi akan mempunyai sebarang kepentingan dan pegangan saham syarikat Micosoft menjelang pertengahan tahun 2018.


Namun begitu, Bill Gates masih lagi menjadi orang terkaya di dunia dengan kekayaan dianggarkan pada $76 billion , Gates telah berjanji untuk memberikan sebahagian besar daripada kekayaannya untuk tujuan amal. Beliau telah menyumbangkan lebih daripada $ 28 billion  kedalam Bill & Melinda Gates Foundation, yang banyak menyumbang kepada kerja-kerja pembasmian polio, malaria, dan penyakit-penyakit berbahaya yang lain.



Related Post

  • Najwa menyendiri Bukan saja menyepikan diri seketika dari dunia seni, pelantun lagu popular Cinta Muka Buku, Najwa Latif, 17, menga…
  • SafeCam PDRM diperkenalJohor Bahru: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkenalkan program SafeCam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke seluruh …
  • Nakhaie sokong Haron terajui PASKuala Lumpur: Cadangan supaya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berundur dan menyerahkan jawatan itu kepada Timba…
  • e-Pusara pelengkap Raudhatul SakinahSEJAK tiga bulan lalu, Ahmad Fathiri Ahmad Fadzlah, 34, tidak pernah putus menziarahi pusara arwah ayahnya, Allahyarham …
  • Saya mahu pingat ke-3: AidilKuala Lumpur: Seperti Hairuddin Omar, seorang lagi pemain Tentera, Aidil Zafuan Abdul Radzak juga memasang impian sama d…
0 Komentar untuk "Bill Gates Bukan Lagi Pemegang Saham Terbesar Microsoft"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info