Piala FA : JDT , Pahang Terikat 1 - 1

alt
Johor Darul Takzim 1 (JDT1) gagal memanfaat kelebihan bermain di tempat sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Pahang pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Larkin malam tadi.
 
Bermain di depan 30,000 penonton, skuad bimbingan Bojan Hodak memulakan aksi mereka dengan berhati-hati dan dilihat membiarkan Pahang melakukan serangan bertali arus ke kubu mereka. 
 
Penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme menguji gawang JDT1 seawal minit kelima selepas berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan tuan rumah Marcos Antonio Santos namun rembatannya tersasar. 
 
Penyerang skuad Tok Gajah yang bertubuh tegap itu berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan JDT1 menerusi gerakan berbahaya namun kawalan ketat Marcos Antonio kelahiran Brazil menggagalkan usahanya mencari jaringan. 
 
Pasukan JDT1 memecah kebuntuan apabila penyerang kelahiran Santa Fe, Argentina, Luciano Figueroa menjaringkan gol pertama permainan pada minit ke-13 menerusi gerakan cantik hasil sepakan percuma Safiq Rahim. 
 
Safiq berjaya mengelirukan pemain bimbingan jurulatih Zainal Abidin Hassan yang berkumpul di kotak penalti Pahang dengan melorong bola kepada Figueroa yang menunggu di penjuru kotak penalti. 
 
Gol itu ternyata menghidupkan permainan dengan pemain JDT1 melipatgandakan serangan ke kubu Pahang namun berjaya ditangani pemain pertahanan Pahang yang diketuai Damion Stewart. 
 
Bagaimanapun, sepakan percuma Azidan Sarudin pada minit ke-36 membolehkan Pahang memperoleh gol penting di tempat lawan hasil tandukan Matias Conti untuk menyamakan kedudukan 1-1. 
 
Gol terhasil apabila bola sepakan Azidan berjaya ditanduk Stewart ke tengah kotak penalti JDT1 sebelum disambar oleh Conti meskipun dicabar beberapa pemain pertahanan pasukan tuan rumah. 
 
Berakhir separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan babak kedua permainan menyaksikan skuad Harimau Selatan melipatgandakan serangan namun pertahanan Pahang utuh menggagalkan usaha JDT1. 
 
Bojan Hodak memasukkan Aidil Zafuan dan Irfan Fazail dalam usaha memperhebat serangan namun sehingga tamat permainan, usaha keras mencari gol kedua sebagai bekalan pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur pada 30 Mei depan menemui jalan buntu. 


Related Post

  • KUALA LUMPUR – Kegiatan haram pemilik salun yang menyediakan khidmat pelacur warga asing sejak beberapa bulan lalu berak…
  • Solat tonggak pemisah Muslim, kafirIbadat solat adalah satu daripada Rukun Islam yang wajib dilunaskan setiap Muslim, sama ada lelaki atau perempuan dengan…
  • Tomato hapus sedihBeijing: Amalan memakan tomato sekurang-kurangnya sebiji sehari boleh membantu mengubati kesedihan dan mengurangkan kemu…
  • Events which made news in 2012KUALA LUMPUR: THE year might have seen big events such as the London Olympics or the hype about Doomsday, but neverthele…
  • Dua dakwa ditipu sindiket guna nama Bank NegaraKUALA LUMPUR – Orang ramai diminta berhati-hati dengan taktik licik sindiket penipuan wang melalui panggilan telefon ole…
0 Komentar untuk "Piala FA : JDT , Pahang Terikat 1 - 1"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info