Lelaki Makan Paku Kerana Rasanya Sedap Seperti Salad

Seorang lelaki asal China berusia 49 tahun telah digelar 'Manusia Luar Biasa Mesin Pengunyah ' mampu menelan logam paku tajam secara keseluruhan hanya dengan bantuan segelas air. Hebatnya, dia tidak mengalami kesan sampingan.

Yunsheng Long, 49 tahun, seorang lelaki dari China mengaku dia telah terbiasa makan paku, seramik dan pelbagai benda lain yang sebenarnya bukan makanan. Kebiasaan itu sudah dilakukan sejak dirinya masih remaja. Seseorang lelaki yang bekerja di sebuah pertunjukan sarkas mengajarnya pola makan aneh ini dan dilakukan Yunsheng hingga sekarang.

"Saya fikir, saya mempunyai kepakaran unik dan saya tidak tahu ada orang lain di China ketika ini boleh melakukan seperti apa yang saya lakukan," ujar Yunsheng, seperti dipetik dari Dailymail "Saya boleh memasukkan semua benda ini dalam diri saya dan saya tetap sihat. Inilah bakat yang saya miliki," katanya.

Manusia umumnya suka makanan yang fresh dan masih baru, perkara yang sama juga dialami Yunsheng. Dia mengaku lebih suka paku yang baru dihasilkan di kilang. Menurutnya, rasa paku tersebut lebih lazat berbanding paku berkarat yang sudah tua.

"Saya suka paku besi segar dari kilang, itu yang terbaik. Dengan sedikit bekas minyak pada paku itu, rasanya seperti salad," ujarnya. 












0 Komentar untuk "Lelaki Makan Paku Kerana Rasanya Sedap Seperti Salad"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info