Aidil jalin hubungan sulit dengan bekas kekasih Nazmi?

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Bintang bola sepak remaja kebangsaan, Mohd. Nazmi Faiz Mansor hari ini mencetuskan isu sensasi apabila mendakwa pemain kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai Tengku Fiella.Mohd. Nazmi Faiz, 19, yang kini bermain untuk kelab SC Beira-Mar di Portugal dalam twitternya pagi ini antara lain mendakwa, Aidil yang kini mewakili Johor Darul Takzim telah memberikan sejumlah wang kepada Tengku Fiella untuk membolehkan bekas kekasihnya itu berbelanja di Johor.
 
Pemain muda itu turut mendakwa Tengku Fiella pernah tinggal bersama Aidil selama beberapa hari di Johor Bahru.Beliau mendakwa mengetahui semua aktiviti Aidil yang juga suami kepada Rita Rudaini dan Tengku Fiella itu menerusi seorang rakannya yang berada di tanah air.
Bagaimanapun, Mohd. Nazmi kemudian memadamkan dakwaan itu daripada twitternya tidak lama kemudian.
 
Sementara itu, Tengku Fiella menafikan dakwaan Mohd. Nazmi Faiz itu dan mengaku tidak mengenali Aidil.
Saya tidak pernah kenal pun Aidil. Nazmi saya tidak tahulah, dia memang kuat cemburu dan kami sudah lama putus. Dia ada hubungi saya tetapi saya tak layan," katanya seperti dipetik dari blog Rotikaya.com hari ini.Bagaimanapun, Mohd. Nazmi Faiz yang berada di Portugal masih gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut



Related Post

  • Gangnam catat rekodLOS ANGELES 22 Sept. - Lagu sensasi Korea Selatan, Gangnam Style diiktiraf oleh buku rekod dunia Guinness sebagai video …
  • Mengaku bukan gay BARU sahaja mahu mencuba nasib sebagai pelakon, nama Amran Ismail terus dicalit dengan kontroversi hebat. Jejaka b…
  • Pecutan akhir kecemerlangan PMRLebih 200 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mengikuti program pecutan akhir Kecemerlangan Akademik dan Motivasi meng…
  • Cara langsingkan badan SELEPAS Syawal, ramai yang menjadikan alat penimbang sebagai teman karib. Jika sebelum raya berat badan berkurang …
  • Jaga sensitiviti agamaTERSENTUH perasaan umat Islam di seluruh dunia apabila filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhamma…
0 Komentar untuk "Aidil jalin hubungan sulit dengan bekas kekasih Nazmi?"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info