FAM tetap adili Selangor, Tentera, tak boleh lari ooo

Kuala Lumpur: Hasrat Selangor dan Tentera yang ingin menyelesaikan insiden pergaduhan pemain ketika perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu 'di luar' Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tidak direstui badan induk bola sepak negara.
"Bagaimanapun, terpulang kepada sekretariat untuk menilai keputusan seterusnya sebelum melakukan penilaian," kata pengerusinya, Datuk Taufek Abdul Razak ketika dihubungi semalam.

Insiden pergaduhan itu menimbulkan pertikaman lidah antara kedua-dua pasukan dengan saling tuduh menuduh - sama ada pengadil perlawanan, Amirul Izwan Yaccob, penyerang Red Giants, Afiq Azmi atau pemain Tentera, Shukor Adan - sebagai punca kejadian tegang itu.

Kelmarin, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin dilaporkan mahu menyelesaikan masalah itu di luar jawatankuasa dan hasrat itu disambut baik Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT), Kol Abdul Rani Abdul Rahim, semalam.

Taufik berkata, beliau kini menunggu video rakaman perlawanan berkenaan daripada jawatankuasa pertandingan sebelum membuat penilaian sama ada insiden pergaduhan antara kedua-dua pemain pasukan itu boleh didakwa atau sebaliknya.


Related Post

  • Tembok I Love U di Paris Banyak yang menyebutkan bahawa Paris adalah kota yang romantis dengan pemandangannya yang indah. Terutama pemandangan …
  • ATM dan PDRM naik gaji oitPutrajaya: Kerajaan mengumumkan kenaikan gred gaji baru bagi pegawai dan anggota tentera serta polis untuk disetarakan d…
  • LAHAD DATU - PILIHANRAYA SERENTAK KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi Parlimen Silam yang turu…
  • GAMBAR - Kecantikan Bunga di Taman Hitsujiyama Setiap tahun di minggu awal bulan terakhir di musim semi, semua bunga-bunga yang tumbuh di Jepun mengembang mekar dengan…
  • Minyak baru di jumpaiSatu lagi penemuan minyak dibuat di negara ini apabila Lundin Petroleum AB menerusi syarikat milik penuhnya, Lundin Mala…
0 Komentar untuk "FAM tetap adili Selangor, Tentera, tak boleh lari ooo"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info