Cukai 6% bila beli top up mulai 15 September

 

 
KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.
Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.
Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.
Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.
"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan
60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu.



Related Post

  • LHDN arah potong gajiLembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengeluarkan arahan potongan gaji (Arahan CP38) kepada para majikan bermula 16 Ju…
  • Oh penyu Rantau Abang TerengganuPada 22km utara K.Dungun dan 80km selatan K.Terengganu , mungkin kira-kira tempat pelancongan yang paling bercakap di Te…
  • Brad Pitt Ditumbuk Peminat Pelakon Brad Pitt ditumbuk di muka malam kelmarin ketika menandatangani autograf peminatnya pada tayangan perdana file…
  • Bergumbira di Pantai Batu Burok Kuala TerengganuPantai Batu Burok Kuala Terengganu - Salah satu tempat menarik di Terengganu. Kalau melancong ke Terengganu, mesti singg…
  • Raja Azmi Kini Bertudung KUALA LUMPUR 2 Jun - Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, mengambil keputusan untuk berhijab selepas mendengar…
0 Komentar untuk "Cukai 6% bila beli top up mulai 15 September"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info