Naza Kia labur RM9j buka 3 cawangan

NAZA Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia di negara ini menyasarkan untuk membuka tiga lagi cawangannya menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar berkata, Naza Kia merancang melabur RM9 juta bagi melancarkan pembukaan tiga cawangan di Rawang, Kuantan dan Kota Kinabalu di samping pembukaan bangunan utama Kia Red Cube di Johor Bahru yang menelan belanja RM10 juta. "Pada akhir Disember 2011 lalu, Naza Kia melancarkan bangunan utama Kia Red Cube pertama di Petaling Jaya yang menggabungkan identiti global Kia sebagai jenama global.

"Pada masa sama Naza Kia juga di dalam proses membaik pulih 16 cawangannya di seluruh Malaysia yang menelan belanja RM34 juta agar seiring dengan identiti yang dibawa Kia," katanya pada majlis pelancaran cawangan Kia 4S di Setapak, Kuala Lumpur semalam. Cawangan Kia ini dinaik taraf kepada 4S yang bermaksud kemudahan fasiliti jualan, servis, alat ganti dan cat.



0 Komentar untuk "Naza Kia labur RM9j buka 3 cawangan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info